Tuesday 9 April 2013

Keindahan Konsep Takaful

Assalamualaikum,

Segala Puji-pujian hanya pada ALLAH S.W.T dan selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang kita semua cintai.

Alhamdulillah dikesempatan hari ini diberikan idea untuk berkongsi dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Keindahan Konsep Takaful. Mungkin ada diantara kita yang masih samar-samar mengenai konsep takaful ini yang mana bagi saya lebih 'Lebih Powerful' dari konsep conventional yang sedia ada wujud di dunia ini sekian tahunnya.

Apakah yang anda faham tentang Takaful?

 “ Takafala” ialah saling jamin-menjamin antara satu sama lain Mewujudkan satu pakatan sesama peserta untuk mencarum ke dalam satu tabung yang akan membantu para peserta ketika ditimpa musibah atau kemalangan.

 “ Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan” (Surah Al-Ma’idah : 2) -  Konsep Saling tolong-menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan 

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita dan bagaimana menguruskan risiko secara Islamiah untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " Sekiranya golongan Asy'ariyun kehabisan makanan di dalam sesuatu peperangan atau bekalan makanan keluarga mereka di Madinah berkurangan. Mereka akan mengumpulkan apa yang masih ada pada mereka di dalam sehelai kain. Kemudian mereka membahagikannya sama rata di antara mereka, sesungguhnya mereka dari kalangan aku dan aku dari kalangan mereka." (Sahih Bukhari) - Tabungan untuk tujuan perlindungan

Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai
Majlis Syariah
yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.
- Komprehensif
Pelan yang lengkap (3-in-1), terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman
Dana Ekuiti Dinasti (Dana Shariah dari negara China)




No comments:

Post a Comment